Syarat-syarat dan Terma Penggunaan Am

Anda wajib untuk bersetuju dengan syarat-syarat berikut untuk menggunakan platform KEDDA.MY

1. Anda mestilah mempunyai kebenaran untuk menjalankan aktiviti perniagaan atau kebenaran untuk menyediakan perkhidmatan yang ditawarkan termasuklah mempunyai lesen yang sah, berdaftar, dan lain-lain syarat yang diperlukan mengikut undang-undang Malaysia.

2. Tidak menjual barang-barang atau perkhidmatan yang tidak sah atau dilarang oleh undang-undang negara Malaysia.

3. Tidak melakukan penipuan, atau berniat untuk melakukan penipuan dalam menjalankan urusniaga dengan pelanggan melalui platform KEDDA.MY.

4. Mematuhi segala peraturan dan undang-undang yang ditetapkan oleh Kerajaan Malaysia, atau mana-mana agensi Kerajaaan atau badan yang dilantik oleh Kerajan Malaysia, yang diberi kuasa untuk memantau aktiviti mahupun sebaran urusan perniagaan anda.

5. Menyimpan data dan maklumat pelanggan dengan selamat, tidak menggunakan maklumat pelanggan untuk tujuan promosi melainkan dengan persetujuan pelanggan, atau mendedahkan/menjual maklumat pelanggan kepada pihak lain tanpa kebenaran pelanggan.

6. Pihak pengurusan KEDDA.MY tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerugian yang dialami oleh mana-mana pihak samada pihak penjual/penyedia perkhidmatan, mahupun pihak pelanggan yang menggunakan platform KEDDA.MY atas apa jua sebab termasuk (namun tidak terhad kepada) kegagalan sistem, pepijat, kesilapan, atau kelemahan platform KEDDA.MY mahupun platform milik pihak ketiga yang digunakan oleh KEDDA.MY.

7. Pihak pengurusan berhak untuk memadam, menyahaktif, menghalang, atau menamatkan mana-mana akaun atau kandungan yang dianggap tidak bersesuaian atau melanggar syarat-syarat yang ditetapkan tanpa sebarang notis.

8. Pihak pengurusan berhak untuk mengubah atau menambah terma dan syarat-syarat penggunaan ini pada bila-bila masa sekiranya perlu.

9. Anda tidak dibenarkan menggunakan platform KEDDA.MY sekiranya tidak bersetuju dengan mana-mana syarat yang dinyatakan diatas.


AKAUN PRO

Anda wajib untuk bersetuju dengan syarat-syarat berikut sebelum menaiktaraf kepada AKAUN PRO

1. Semua pembayaran yang telah dibuat adalah muktamad, kami tidak akan melayan sebaran tuntutan pulangan wang pembayaran atas apa jua sebab. Sila pastikan anda bersetuju dengan semua syarat-syarat sebelum pembayaran dibuat.

2. Harga pakej langganan yang dibayar adalah sah pada waktu pembayaran dibuat sahaja, kami berhak untuk mengubah mana-mana atau semua harga/pakej langganan dari masa ke masa tanpa sebarang notis

3. Anda masih perlu mematuhi terma & syarat-syarat am penggunaan KEDDA.MY (yang dinyatakan dalam bahagian diatas), sekiranya gagal untuk dipatuhi kami berhak untuk menamatkan akaun PRO anda tanpa sebarang ganti rugi atau pemulangan wang langganan.

4. Sekiranya anda menyertakan Referral ID, penaja affiliate anda akan menerima komisen dari setiap pembayaran langganan anda. Anda tidak dibenarkan untuk menukar atau memadam Referral ID penaja anda.

5. Pihak pengurusan KEDDA.MY tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerugian yang dialami oleh mana-mana pihak samada pihak penjual/penyedia perkhidmatan, mahupun pihak pelanggan yang menggunakan Akaun PRO atas apa jua sebab termasuk (namun tidak terhad kepada) kegagalan sistem, pepijat, kesilapan, atau kelemahan platform KEDDA.MY mahupun platform milik pihak ketiga yang digunakan oleh KEDDA.MY.

6. Pakej bulanan yang ditawarkan (1 bulan, 6 bulan, dan 12 bulan) membolehkan anda menggunakan fungsi PRO mengikut tempoh masa sah pakej tersebut. Setelah tempoh tersebut tamat, akaun anda akan diturunkan kepada akaun PERCUMA dan semua fungsi PRO akan dihentikan. Walaubagaimanapun, fungsi akaun PERCUMA boleh terus digunakan seperti biasa.


Untuk sebarang pertanyaan sila hubungi:

BBN DIGITAL SDN. BHD. (1407879-W)
No. 8B, Perkedaian 2T, Pasir Akar
22010 Jerteh, Terengganu
Email: team@bbndigital.my
Telefon: +6096905772
Laman Web: www.bbndigital.my